Subscribe:

Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Thursday 3 December 2009

Jabatan : Kementerian Pengajian Tinggi

Tarikh Tutup : 15/12/2009

Lokasi : Putrajaya



IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN


PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN
DI BAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang tersebut di bawah ini :-



1. PEMANDU KENDERAAN GRED R3

2. PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

3. OPERATOR LOJI GRED R3

4. TUKANG K3 GRED R9



------ > Maklumat Penuh Jawatan disini < ---------------



CARA MEMOHON



(a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang KPT/ BPSM/1/2009 yang disertakan boleh dimuat turun melalui portal KPT iaitu : http:www.mohe.gov.my.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.


(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 16sm x 23sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis tajuk jawatan yang dipohon. Contoh: Pemandu Kenderaan Gred R3



ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP



Permohonan hendaklah sampai kepada :

Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 5, Blok E3, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA.
( u.p: Urusan Pengambilan AKS)



Tarikh Tutup permohonan adalah pada 15 Disember 2009

No comments: