Subscribe:

Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Thursday 3 December 2009

Jabatan : Majlis Daerah Mersing

Tarikh Tutup : 07/12/2009
Lokasi : Mersing, Johor




IKLAN JAWATAN KOSONG



Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Mersing :-



1. Jawatan : Pembantu Undang-Undang (Fajar Able Parking Johor)

2. Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

3. Jawatan : Juruteknik

4. Jawatan : Juruteknik Landskap

5. Jawatan : Pembantu Penguatkuasa

6. Jawatan : Pegawai Khidmat Pelanggan



Cara memohon :



Semua permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil.17.


Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Mersing pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00 sekeping atau mengemukakan sampul surat berukuran 10cmx23cm beralamat sendiri bersetem RM0.50 dan bayaran borang permohonan hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos.


Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil-sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah, dokumen-dokumen sokongan serta diakui sah dan sekeping gambar warna berukuran pasport ( tidak dikembalikan ) dan hendaklah dihantar kepada:-



YANG DIPERTUAMAJLIS DAERAH MERSING

NO.243, JALAN IBRAHIM86800 MERSING, JOHOR



pada atau sebelum 7 DISEMBER 2009




Permohonan yang tidak mematuhi/memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.


Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.


Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.


MUAT TURUN IKLAN JAWATAN KOSONG PDF






No comments: