Subscribe:

Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Monday 14 December 2009

KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TASKA) KEMAS BAGI TAHUN 2009 BAGI LEPA

  Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TASKA) KEMAS tahun 2009 bagi lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau lain-lain bidang yang diiktiraf oleh kerajaan.


1. SYARAT DAN KELAYAKAN

1.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia
1.2 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma yang di ikhtiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau lain-lain bidang yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.;
dan
(b) dengan mendapat lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu (dan lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. MAKLUMAT ASAS KURSUS

2.1 Tarikh mula : akan ditentukan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
2.2 Tempat : Pusat Latihan KEMAS
2.3 Tempoh : Enam (6) bulan

PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN

3.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005
3.2 Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang
dikehendaki seperti dalam borang berkenaan
3.3 Borang boleh didapati di :
(a) Laman web www.kemas.gov. my @ download kat bawah
(b) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri atau Daerah/Parlimen. Alamat
Pejabat KEMAS Negeri adalah seperti di lampiran Iklan

MAKLUMAT LANJUT:
http://www.kemas. gov.my/c/ document_ library/get_ file?uuid= 730cb2f7- 774f-4242- 9e1e-5e05b30df75 9&groupId= 22843

BORANG PERMOHONAN:
http://www.kemas. gov.my/c/ document_ library/get_ file?p_l_ id=11622& folderId= 40375&name= DLFE-1301. pdf

PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

4.1 Borang permohonan KEMAS 1 Pin. 2005 yang lengkap disi berserta dengan salinan Kad Pengenalan, sekeping gambar berukuran pasport, salinan Diploma atau lain-lain bidang yang diikhtiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, salinan sijil-sijil
persekolahan, salinan Sijil Lahir, salinan Sijil Berhenti Sekolah dan salinan Sijil
Kegiatan Luar yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) Negeri yang dipohon seperti alamat di para 3.1 (b) LIHAT LAMPIRAN IKLAN sebelum tarikh tutup permohonan
4.2 Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan.
4.3 Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan
4.4 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan
5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 22 Disember 2009

http://www.kemas. gov.my

__._,_.___

No comments: