Subscribe:

Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Tuesday 22 March 2011

Jawatan kosong: Karier di Irfan Khairi Sdn Bhd - Sales executive , Multimedia Designer & Office assistant diperlukan

Salam semua,

Pagi ini saya menerima kiriman email dari Jutawan internet iaitu saudara Irfan Khairi yang sedang mencari pekerja untuk beberapa kekosongan disyarikat beliau.

Di bawah adalah petikan email dari beliau.


Salam hormat Tetamu Ahm,

Syarikat saya, Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB) akan membuka cawangan di Mutiara Damansara. Kami mencari: Sales executive, Multimedia Designer dan Office Assistant. Sijil tidak diperlukan ;) Kerana saya percaya, kejayaan tidak semestinya datang dengan sijil ;) Bagi mereka yang boleh memenuhi ruang ini, maklumat lanjut di bawah...
 
-Irfan Khairi


Karier di Irfan Khairi Sdn Bhd?
 
IKSB (Irfan Khairi Sdn Bhd) sedang dalam proses menubuhkan satu cawangan pejabat di kawasan Mutiara Damansara (berhampiran dengan Curve, Ikea & Tesco). Kami mencari krew IKSB terbaru untuk memenuhi tanggungjawab berikut...

Sales executive (3 tempat)
Mencari mereka yang berpengalaman mendapatkan penaja, membuat jualan, mendapatkan pelanggan, berunding dan hubungan awam. Pengalaman diberi keutamaan. Mesra pelanggan. Mempunyai kenderaan sendiri. Cekap, boleh bekerja secara berdikari, dan boleh menurut deadline. Gaji tetap + komisyen diberi.

Multimedia designer (2 tempat)

Mencari mereka yang boleh merekacipta grafik, laman web, menyunting video dan juga bunyi. Pengalaman dan sijil tidak dimestikan, sekiranya memiliki, ianya membantu. Cekap, boleh bekerja secara berdikari, dan boleh menurut deadline. Sila berikan hasil kerja bersama CV/resume.

Office assistant (2 tempat)
Mencari pembantu pejabat mengendalikan pesanan, pendaftaran, inventori dan lain-lain. Ramah mesra di telefon untuk menghubungi pelanggan dan bakal pelanggan. Pengalaman dan sijil tidak dimestikan, sekiranya memiliki, ianya membantu. Cekap, boleh bekerja secara berdikari, dan boleh menurut deadline.

Berminat? Emailkan resume/CV anda kepada info@rahsiainternet.com dengan tajuk "IKSB cawangan Damansara" bersama maklumat berikut:

Posisi: Sales executive / Multimedia designer / Office assistant
Tempat kerja kini:

Gaji kini:

Gaji yang di minta:

Mengapa kami perlu memilih anda?

 
Sekiranya anda mempunyai keluarga atau kenalan yang mungkin berminat dengan posisi di atas untuk bersama Irfan Khairi Sdn Bhd, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan, sila war-warkan berita ini kepada mereka.
 
Kami akan menghubungi anda untuk temujanji! All the best ;)
 
69A Second Floor, Jalan SS 21/37, SS21 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor D E