Subscribe:

Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Friday 14 December 2012

Jawatan Kosong December 2012 J-BioTech



Permohonan adalah dipelawa dari kalangan rakyat Negeri Johor untuk mengisi jawatan berikut di Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor :-

1. PEGAWAI EKSEKUTIF II (KOMUNIKASI KORPORAT)-GRED N27
2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) -GRED W17
3. PEMANDU GRED R3
4. PEKERJA AWAM GRED R1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
(i) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil. 21 dan disertakan dengan Laporan Penilaian Prestasi tahun 2011 serta salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini.

(ii) Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan bersama wang pos sebanyak RM 1.00 atas nama Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor dan sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan dengan menyertakan dokumen-dokumen yang disahkan :-
1. Sekeping gambar berukuran pasport
2. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
3. Salinan lesen memandu yang dimiliki (yang disahkan)
4. Salinan sijil kelahiran (yang disahkan)
5. Salinan sijil/Kelulusan sekolah (yang disahkan)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :-

Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Bioteknologi Dan Biodiversiti
Negeri Johor
Block 2, UTM-MTDC Innovation Centre
Technovation Park
81300 Skudai, Johor

No. Tel : 07-5208810 Atau 07-5207810
No. Fax : 07-5207811

Tarikh tutup sebelum atau pada : 15 Disember 2012


WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Sains C27

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAAN
PERMOHONAN SECARA ONLINE

Cara Memohon:-
1. Calon diminta supaya mengisi borang permohonan dengan lengkap secara online dengan melayari http://e-recruitment.um.edu.my/, termasuk di bahagian kelayakan akademik. Kegagalan anda berbuat demikian atau permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan atau permohonan selain daripada online atau didapati mengemukakan maklumat yang tidak benar boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

2. Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan/Swasta perlu mengisi Borang Pengesahan Ketua Jabatan - Lampiran Y (yang boleh diperolehi daripada http://e-recruitment.um.edu.my) dan menghantarnya ke alamat berikut selewat-lewatnya 31.12.2012:

Ketua Penolong Pendaftar (Pelantikan)
Bahagian Sumber Manusia
Aras 6, Bangunan Canseleri
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur


Catatan : Sila tulis nama penuh dan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 24.12.2012


Binalah Kerjaya Cemerlang Bersama Bank Pilihan Anda

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan berikut :

1. Driver
2. Setiausaha Sulit
3. Eksekutif (Kontrak) dan Kerani (Kontrak)
4. SENIOR EXECUTIVE, CORPORATE PLANNING
5. SENIOR EXECUTIVE, PRODUCT DEVELOPMENT

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE

Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman web jobstreet.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 15 - 24 December 2012