Subscribe:

Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Sunday 23 December 2012

Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu



Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan berikut:-

1. PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17
2. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17
3. PEMBANTU TADBIR KESETIAUSAHAAN GRED N17
4. PEMANDU KENDERAAN GRED R3

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Permohonan mestilah menggunakan Borang PPAT. 01 yang boleh didapati di Kaunter Utama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Perpustakaan Awam Daerah dan Pekan dan juga boleh dimuat turun dalam laman web http://www.trglib.gov.my

2. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengarah,
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu,
Jalan Kemajuan,
Padang Hiliran,
21572 Kuala Terengganu.

3. Sertakan salinan:

i. Sijil Kelahiran;
ii. Sijil Kelulusan Pelajaran dan lain-lain sijil / dokumen berkaitan;
iii. Kad Pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu;
iv. Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu jika pemohon dan bapa lahir di luar Negeri Terengganu;
v. Satu keping gambar berukuran pasport (lekatkan di bahagian atas sebelah kanan muka surat pertama borang permohonan);

Tarikh Tutup permohonan pada 27 Disember 2012


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada anak Negeri Sembilan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan kumpulan sokongan seperti berikut : -

1. Pembantu Tadbir (Kew) Gred W17
2. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
3. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
4. Penyelamat Gred N1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
i) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh didapati di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Port Dickson, muat turun di laman web rasmi MPPD di www.mppd.gov.my.

ii) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumatmaklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas) / Penghulu/Pengerusi/JKKK.

iii) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melaui Ketua Jabatan masingmasing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahunan.

iv) Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah :-

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Port Dickson
KM 1, Jalan Pantai
71009 Port Dickson
(u.p : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 DISEMBER 2012 (ISNIN)


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :

1. Penolong Pegawai Akaun

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Permohonan boleh dibuat melalui borang yang boleh didapati di pejabat ini atau dengan mengemukakan perkara-perkara berikut :
a) Butir-butir peribadi (Curriculum Vitae)
b) Salinan sijil-sijil kelayakan
c) Gaji sekarang
d) Sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan)

Sila hantarkan permohonan ke alamat berikut :

Pendaftar
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
KM 12, Jln Kuala Krai
Nilam Puri
15730 Kota Bharu
Kelantan


Tarikh tutup permohonan pada : 24 Disember 2012


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM MASJID BANDAR/JAJAHAN), S41
2. PENOLONG PEGAWAI SYARIAH, LS27
3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (PEMBANTU DAKWAH), S17
4. JURUTEKNIK, J17
5. PEKERJA AWAM (PRA), R1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

2. Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2011 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

3. Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

4. Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABhg. Dato' Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU


Tarikh Tutup Permohonan Pada 31 DISEMBER, 2012


Universiti Malaysia Sarawak, mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan berpandangan jauh untuk mengisi jawatan kosong Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Pemohon dipelawa untuk mengisi jawatan berikut secara tetap / kontrak.

1. Pegawai Perubatan UD43
2. Pegawai Penerbitan N41
3. Pustakawan S41
4. Pegawai Teknologi Maklumat F41
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
6. Penolong Pegawai Tadbir N27
7. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
8. Pembantu Juruaudit W17
9. Penyelia Asrama N17
10. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan Pada 1 Januari 2013