Peluang pekerjaan di Malayan Banking Berhad terkini. Jawatan kosong Maybank untuk pelbagai kekosongan jawatan dibawah ini. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dipelawa memohon jawatan kosong di Maybank sebagaimana dibawah. Penempatan kerja : Kuala Lumpur. - Senior Executive / Manager, Valuation, Group Property, Security & Valuation. - Relationship Manager, Premier Wealth (Pavilion) - Relationship Manager, Premier Wealth (Kepong Prima) - Relationship Manager, Premier Wealth (KL Main) - Relationship Manager, Premier Wealth (KLCC) - Relationship Manager, Premier Wealth (Mont Kiara) - Relationship Manager- Business Hire Purchase ( KL & Selangor ) - Senior Specialist, Group Compliance Advisory & Policy Management - Executive, Shariah Planning & Development - Group Insurance & Takaful - Analyst / Specialist, Policy & New Product, Group Risk - Operations - Head, Regional Acquiring, Cards, Group Community Financial Services - Head, Operational Risk, Group Insurance & Takaful - BUSINESS DEVELOPMENT MANAGER, REGION FEDERAL TERRITORY Penempatan kerja : Johor, Segamat - Relationship Manager, Premier Wealth (Dataran Maybank) Penempatan kerja : Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu - BUSINESS DEVELOPMENT MANAGER, BUSINESS BANKING REGION SABAH Sumber maklumat lanjut jawatan kosong Maybank, syarat kelayakan untuk jawatan diatas dan permohonan secara online, sila layari laman sesawang JobStreet disini. |
Peluang pekerjaan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terkini. Jawatan kosong KKM terbuka sepanjang tahun untuk pelbagai kekosongan jawatan dibawah ini. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dipelawa memohon jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia sebagaimana dibawah. 1) Jawatan : Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 (Jawatan lama Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3) Deskripsi Tugas Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pembersihan dan membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya. 2) Pemandu Kenderaan Gred H11 (Jawatan lama Pemandu Kenderaan Gred R3) Deskripsi Tugas Memandu kenderaan jabatan seperti ambulan, bas, lori dan lain-lain dengan berdisplin serta mematuhi peraturan jalanraya. Memeriksa dan memastikan keadaan kenderaan seperti tayar, minyak, minyak pelincir, air dan bateri berada dalam keadaan memuaskan dan melaporkan sebarang kerosakan atau kemalangan kepada Ketua Jabatan dengan segera. 3) Pembantu Awam Gred H11 (Jawatan lama Pekerja Awam Gred R1/ Pekerja Awam Khas (Oktokleb/Motobot) Gred R3) Deskripsi Tugas Antara tugasan Pembantu Awam H11 adalah: (a) Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja; (b) Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang; (c) Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot; dan (d) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan sepanjang masa. 4) Pembantu Operasi Gred N11 (Jawatan lama Pembantu Am Pejabat Gred N1) Deskripsi Tugas Antara tugasan Pembantu Operasi Gred N11 adalah: (a) Melaksanakan tugas penyampaian atau kutipan surat/dokumen/saman/notis dengan sempurna, cekap dan berkesan; (b) Membantu membuat salinan pendua dan penjilidan dokumen; (c) Mengangkat, menyusun dan mengemas barang-barang atau peralatan bekalan daripada stor pejabat; (d) Mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat serta memastikan peralatan di bilik mesyuarat disenggarakan dengan baik; (e) Membantu membawa peralatan penggambaran dan memastikan keselamatan peralatan berkenaan; dan (f) Memastikan kebersihan dan kekemasan. Sumber maklumat lanjut iklan jawatan kosong KKM, syarat kelayakan untuk jawatan diatas dan permohonan secara online, sila layari laman sesawang perjawatan jobkkm.moh.gov.my disini. |
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
-
Lembaga Tabung Haji (TH) membuka permohonan bagi rayuan untuk mengerjakan
ibadat haji bagi tahun 1446H/2025M melalui aplikasi dan laman sesawang
THiJA...
1 day ago