Subscribe:

Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Tentang Aku & Kerjayaku

Bagi Yang dah dapat kerja, bersyukurlah dengan kerja yang dah ada. Bagi yang belum ada kerja lagi dapatkan maklumat kerjaya di blog aku ni yang sentiasa aku update setiap masa.

Aku Nak cerita sikit awal2 permulaan kerjaya aku dalam bidang IT ni. Sepanjang 10 tahun aku bekerja baru sekali aku berpindah tempat kerja, itu pon d sebabkan syarikat tempat aku cari makan dulu menghadapi masalah kewangan & tidak mampu lagi membayar gaji2 pekerja.

So Bos lama aku nasihatkan aku unutk mencari2 kerja baru. aku pernah merasai 1 tahun dibayar gaji separuh n 3 bulan kerja tidak bergaji.

Nasib baiklah masa tu aku tak sewa umah, tak pakai kereta n tak kawin lagi (Takda couple pon...hahaha). masa tu aku duduk dengan mak ayah aku. aku g keje pon sepanjang 30km naik motor setiap hari selama 6 tahun.

Masuk Tahun 2007 aku berhenti keje sbb bos lama tak bayar gaji dah. aku telah menganggur selama 3 bulan sebelum aku dapat tawaran keje d KL.

Dekat KL ni aku dah masuk 3 tahun keje dengan syrikat IT yang mana anak syarikat kepada BERNAMA.

Atas dasar ingin bantu membantu aku telah wujudkan satu blog simple unutk kemudahaan anak2 malaysia untuk mencari pekerjaan dengan nama kerjadsini . selain itu juga aku ada beberapa blog lagi yang korang boleh lawati seperti dibawah:-

Myvitrd & Tutorials