Subscribe:

Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Thursday, 15 April 2010

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS 2010

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) KEMAS tahun 2010

SYARAT DAN KELAYAKAN:

- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak yang di iktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya ; dan
(b) dengan mendapat lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu (dan lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

MAKLUMAT ASAS KURSUS:

Tarikh mula : Mulai 19 Julai 2010 atau tertakluk kepada Jabatan (KEMAS)
Tempat : Pusat Latihan KEMAS
Tempoh : Enam (6) bulan

IKLAN KURSUS
http://www.ziddu. com/download/ 9434733/klanKurs usSijilPendidika nAwalKanak2KEMAS -April2010. pdf.html

BORANG PERMOHONAN
http://www.ziddu. com/download/ 9434734/BorangPe rmohonanJawatanK EMAS.pdf. html

Borang permohonan KEMAS 1 Pin. 2005 yang lengkap disi berserta dengan salinan Kad Pengenalan, sekeping gambar berukuran pasport, salinan Diploma atau lain-lain bidang yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, salinan sijil-sijil persekolahan, salinan Sijil Lahir, salinan Sijil Berhenti Sekolah dan salinan Sijil Kegiatan Luar yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri yang dipohon (lihat iklan untuk alamat penuh).

TARIKH TUTUP : 26 APRIL 2010

No comments:

There was an error in this gadget