Subscribe:

Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Monday 24 May 2010

Jawatan kosong : Jabatan Zakat Negeri Kedah

Pemohon adalah dipelawa daripada calon-calon anak Negeri Kedah yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Jabatan Zakat Negeri Kedah:

1. Juruaudit Dalam Gred W41

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ahli Penuh Badan – badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
(iii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
(b) Lulus bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.dan
(c) Pengalaman dalam bidang berkaitan sekurangkurangnya 3 tahun

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN:
- Tidak kurang 20 tahun

STATUS JAWATAN:
- Kontrak

TARIKH TUTUP
- 27 Mei 2010

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan keterangan lengkap peribadi (resume),kelayakan, pengalaman dan disertakan dokumen/sijil-sijil berkaitan (disahkan salinan sebenar) serta sekeping gambar berukuran passport kepada:

Dato' Setiausaha
Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman
Aras 5, Menara Zakat
Jalan Telok Wanjah
05200, Alor Setar
Kedah
(UP: Bahagian Sumber Manusia)

Sila tulis nama Jawatan di sebelah atas kiri sampul surat dan calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

PENTING:
1. Maklumat permohonan yang tidak lengkap akan ditolak
2. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan
3. Pemohon dikehendaki menyertakan nombor telefon supaya mudah untuk dihubungi.
4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup : 27 Mei 2010

No comments: